ASSALAMUALAIKUM PEMBACA SEMUA..
IUI? Tahu tak? Geleng kepala? Kira tak tahulah apa itu IUI?
IUI tu maksudnya INTRA UTERINE INSEMINATION iaitu satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadinya persenyawaan dan seterusnya kehamilan.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa Ayda perlukan IUI.. yes, why me? Sebab Allah memilih Ayda sebab Allah tahu Ayda boleh tempuh dugaan ini..
Sekitar bulan 2/ 2013 Ayda mendapat rawatan di Klinik kerajaan di Penang. Oleh sebab Miss P Ayda yang tak menentu sejak umur 19 tahun, Ayda terpaksa makan ubat untuk turunkan Miss P.
Ayda menceritakan masalah Miss P kepada pegawai perubatan kat klinik tu.. Baik sangat pegawai tu...
Dapat aja surat rujukan terus Ayda pergi Pakar O & G kat Hospital Pulau Pinang untuk ambil temujanji...
Temujanji pertama bulan 4/ 2013.. oklah tak lah lama sangat
APRIL 2013
--------------
Pagi-pagi lagi Ayda dah bergerak dari rumah menuju ke Pakar O & G.. wah, ramai gila pesakit sedang beratur dan duduk menanti giliran. Padahal baru jam 8.15 pagi.. Awal betul.. mungkin diorang semua taknak dapat nombor lambat.. Dah semua datang serentak memang lambatlah menunggu kan.. Sempat juga Ayda menjenguk ke kantin untuk Breakfast dulu...
Selepas 3 jam nombor Ayda pun sampai.. so masuklah berjumpa dengan pegawai ni, maybe pelatih agaknya ( tengok gaya )... setelah melihat surat rujukan dan di interview, Ayda dihantar kepada pegawai wanita yang agak senior di situ.. masa tu pertama kali Ayda diminta membuat PAP- Smear... taklah sakit cuma malu aja.. selepas tu Ayda di minta melakukan TVS.. mujurlah yang buat tu Sister.. mana nak tahu tak boleh kencing dulu.. so kenalah marah..
bila hantar balik result kat pegawai, keputusannya Ayda ada PCOS..
tersentap jiwa dan raga... namun Ayda perlu menjalani pemeriksaan ujian darah.
Ayda diberikan ubat turun darah dan diminta datang pada hari kedua MISS P datang..
MISS P DATANG
----------------------
Masa menunggu untuk ambil darah tak panjang,.. setelah semuanya selesai Ayda hnya menunggu tarikh temujanji yang baru pada 5/6/2013
Tiba pada tarikh tersebut, keputusan tepat telah keluar... Ayda mmg benar-benar ada PCOS.. kali ini semangat Ayda hilang. Ayda sebak dan menangis.. namun kuasa Allah melebihi segala-galanya...
Ayda diberikan slip ubat untuk dibeli di farmasi luar dan ubat tersebut adalah PIL PERANCANG DIANE 35... Ayda kecewa sebab mengapa pegawai berikan Ayda pil perancang kerana Ayda nak mengandung bukan merancang!
Rupanya pegawai tersebut mahu Ayda betulkan kitaran haid selama 3 cycle baru buat next treatment..
Satu bekas untuk mengisi semen hubby diberikan..
Tiba masa untuk Hubby pula diperiksa keadaan beliau.. Tarikh baru diberikan pada 20/11/2013
PIL PERANCANG DIANE 35
------------------------------------
Baru makan 3 biji, Ayda asyik muntah-muntah dan pening. Ayda kol klinik pakar untuk menceritakan masalah. Ayda diberikan tarikh untuk berjumpa pakar pada 14/8/2013 Ayda terpaksa menghentikan pil tersebut kerana alahan.
Pakar plan something for me, YES IUI... Ayda proceed untuk buat IUI...
satu tarikh untuk pemeriksaan HSG diberikan pada Ayda.. Tak sabar untuk menjalani prosedur selanjutnya.
PEMERIKSAAN HSG
------------------------------
Ayda diberikan satu ubat antibiotik untuk cover Ayda sebelum buat HSG sebab Ayda ada alahan makanan laut. Ya Allah, betapa sakitnya HSG itu hanya Allah yang tahu.. dahlah diberikan pegawai lelaki.. malu pun ada. En Hubby dah marah tanya takkan tak da pegawai perempuan..
nak buat macam mana ...terpaksa lah sayang... kalau mampu nak aja cari pegawai perempuan kat klinik swasta... huahuahua..sedihnya..
setelah rawatan selesai, nurse cakap, kedudukan rahim kamu cantik dan senang dye aja masuk... seronoknya dengar.. lepas tu ada bleeding.. nurse bagi pad..punya besar... pakai jugalah..sebab beg ada kat Hubby.. huhuhu.. lepas tu terus kol klik O & G dan nurse bagi tarikh baru pada 20/11/2013
November 2013
---------------------
20/11/2013... dugaan sebab kereta bateri habis... terpaksalah en hubby patah balik dari tempat kerja dan hantar ke klinik pakar. Kali ini, appoitment lebih ringkas dan cepat.. pakar cakap semen hubby ok. masih ada sperma walaupun gred 1.. mungkin hubby kuat merokok..
Pakar cakap are you ready for IUI? Ayda cakap Yes, im ready...totally ready..
Pakar bagi Ayda CLOMIPHENE CITRATE 50mg.. makan pada Day 2 MISS P datang sampai Day 6.
Syukur Allah permudahkan segalanya... balik dari klinik Ayda datang P.. tapi sikit saja.. just guna pantiliner aja... Ayda nak tunggu MISS P datang banyak baru nak makan clomid...
6 JANUARY 2014
MISS P datang dengan banyaknya.. Ayda lega dan tersenyum... hari ni 7 JANUARY...Ayda EL..sengugut teruk sangat...
semalam dah kol pakar O & G.. kena datang cek telur ( tvs ) isnin minggu depan..tak sabarnya..
oklah nanti kita sambung lagi ya...
No comments:
Post a Comment